Latest Topics

Program Sekolah Daif Fasa 1 untuk 2018 telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pelanggan

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Program Pembinaan Sekolah Daif bagi Fasa 1 tahun 2018 telah pun siap sepenuhnya dan berjaya diserahkan kepada pelanggan hari ini. Majlis Penyerahan telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam, Johor yang turut dihadiri Yang Berhormat Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Hadir sama dalam majlis penyerahan tersebut Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Ir. Roslan Bin Md Taha, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia; Ir. Haji Mohd Said Bin Sidik, Timbalan Pengarah Kerja Raya, Pengarah Pendidikan Johor dan Wakil Kontraktor.


Kami warga JKR Johor mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan projek dari Bahagian Bangunan dan Team Kontraktor kerana telah berjaya menyiapkan projek mengikut tempoh yang ditetapkan.

Artikel disiarkan pada 25 Julai 2018
Dikuasakan oleh Blogger.