Latest Topics

15 jalan raya paling bahaya dan mengerikan di dunia. Tengok pun sudah cukup menakutkan



Tiada yang lebih menyenangkan dan santai dengan berkenderaan di jalan desa yang tenang dihiasi pokok-pokok kelapa disisi pemandangan. Namun disebalik jalan yang tenang, sebenarnya ada jalan-jalan yang bahaya dan mencabar apatah lagi mengerikan bagi sesiapa yang melaluinya.

Sungai Lembing, merupakan salah satu tarikan pelancongan yang menarik ada di Kuantan Pahang. Namun, jika anda mahu ke sini sentiasalah berwaspada disepanjang perjalan dari Kuantan ke Sungai Lembing.

Anda mungkin terpaksa merempuh jalan-jalan yang agak ekstrim. Jalan berlubang sana, berlubang sini, jalan membengkang-bengkok dan juga sekumpulan lembu yang melintas secara mengejut. Lebih-lebih lagi ketika waktu malam, silap hari bulan boleh membawa maut.

Tidak selamanya lurus, jalan tersebut memiliki ketinggian yang diluar jangka kerana lokasinya di pergunungan yang berbukit bukau, malah ada terpaksa melalui betul-betul tepi tebing. Bahkan ada yang dibina betul-betul terbias dengan air dan batu. Jom kita saksikan gambar-gambar jalan berbahaya yang tak terbayang wujud di dunia.

1. Zoji La, India.



Jalan Zoji La ini terletak di negara India. Panjangnya lebih kurang 9km yang menghubungkan wilayah ladakh dan Kashmir. Ianya bukan sahaja berlekuk dan beralun malah jalan ini juga sangat sempit untuk dilalui.

Ketinggian laluan ini dianggarkan pada 3,528 meter dan merupakan laluan kedua tertinggi selepas laluan Fotu. Jalan ini merupakan satu-satunya jalan penghubung yang menghubungkan wilayah Ladakh dengan masyarakat dunia.

2. Transfagarasan, Rumania.



Jalan Transfagarasan terletak di Pegunungan Carpathian, mempunyai panjang jalan lebih 150km dengan pemandangan cantik yang melintasi antara dua puncak tertinggi di negara Romania. Puncak tertinggi jalan ini adalah pada ketinggian 2.042 meter, di mana terdapat terowongan yang terletak di sisi utara dan selatan Danau Balea (Balea Lac).

3. Dalton Highway, Alaska.



Lebuhraya ini bermula dari lebuhraya Elliot di utara wilayah Fairbanks dan berakhir di sebuah medan minyak di teluk Prudhue berhampiran lautan Artik. Dalton Highway merupakan jalan raya paling terpencil di dunia. Jalan ini juga dipanggil sebagai James W Dalton Highway yang panjangnya 666 km. 

Walaupun ianya kelihatan indah dan tenang, jalan ini dipenuhi dengan lubang-lubang jalan yang merbahaya, batu-batu kecil yang diterbangkan angin, dan paling teruk, ianya terletak di tengah-tengah kawasan terpencil.

4. Khardung La, India.



Jalan Khardung La adalah jalan yang berfungsi sebagai pintu gerbang ke Shyok dan Lembah Nubra di Ladakh ini berada pada ketinggian 17.582 kaki. Guinness World Records dan National Geographic mengakui Khardung La sebagai jalan tertinggi di dunia.

5. Yungas Road, Bolivia.



Yungas Road merupakan salah satu jalan paling berbahaya dilalui. Jalan sepanjang 69 km ini dipenuhi batu-batu kecil yang boleh mengakibatkan kenderaan tergelincir dan jatuh ke dalam jurang sedalam 600 meter.

Dikenali juga sebagai “jalan maut” dalam kalangan penduduk Yungas di Bolivia. Di anggarkan seramai 200 – 300 orang pemandu yang menemui ajal mereka di sini setiap tahun. Adalah sesuatu yang “normal” untuk melihat kenderaan-kenderaan jatuh terjunam dari lereng bukit ini. Bahaya menggunakan jalan ini tiada tandingannya di dunia.

6. Atlantic Ocean Road, Norwegia.



Atlantic Ocean Road merupakan salah satu jalanan paling berbahaya di dunia yang dibangun untuk menghubungkan dua kota di Norway, iaitu Kristiansund dan Molde. Panjang jalanan ini 5,2 mil (8,3 kilometer) dan sering ditutup oleh cuaca buruk

7. Guoliang Tunnel, China.



Guoliang Tunnel (Terowong Guoling) dibangunkan oleh pemerintah sebagai laluan untuk penduduk di Guoliang. Untuk sampai ke sana, anda harus meredah pegunungan yang berbahaya dan melintasi terowong 1.200 meter dengan jurang yang dalam.

Sebelum jalan ini dibina, perhubungan masyarakat di sini dengan dunia luar terputus langsung. Walaupun tidak banyak kenderaan yang menyelusuri jalan ini, ianya sangat merbahaya untuk digunakan.

8. Le Passage du Gois, Prancis.



Jalan sepanjang 4.5 km ini hanya boleh dilalui dalam masa beberapa jam sahaja sehari. Selebihnya akan ditengelami oleh air laut yang pasang surut.

9. Tianmen Mountain road, China.



Jalan ini terletak di Gunung Tianmen, untuk mencapai ke puncak gunung anda harus melalui jalan yang merbahaya ini dengan jarak sepanjang 6,8 mil.

10. Hana, Hawaii.



Jalan sepanjang 52 mil ini menghubungkan Kahului dan Hana, salah satu pulau di Hawaii. Jalan berliku-liku, sempit yang menghubungkan 59 jambatan dan 46 di antaranya hanya memiliki satu laluan sahaja.

11. Kolima, Rusia.



Nama jalan rasmi yang menghubungkan Yakutsk dan Magadan ini adalah Kolima, namun penduduk di sini memanggilnya dengan nama ‘Jalan Kematian’.

12. Col de la Bonette, Prancis.



Jalan ini terletak pada ketinggian 8,907 kaki di atas permukaan laut dan meliputi gunung-gunung tinggi di Pergunungan Alpen, Perancis. Meskipun berlekok, selekoh dan curam, jalan ini memiliki pemandangan yang menakjubkan.

13. Gotthard Pass, Swiss.



Jalan ini melalui gunung tertinggi di Pegunungan Alpen sepanjang 64 km, pengembara akan dihidangkan keadaan jalan yang berbelok-belok dengan dihiasi pemandangan indah.

14. Caucasus road, Rusia.



Jalan sempit ini menghubungkan Sochi dan danau Ritsa melalui pergunungan. Jalan ini amat menakutkan dengan sisinya yang curam dan lurang.

15. Eshima Ohashi bridge, Jepang.



Walaupun hanya sebuah jambatan, namun ianya sama bahaya seperti jalan-jalan yang disebutkan diatas. Jambatan ini menghubungkan Sakaiminato dan Matsue. Untuk merentasi jambatan curam sepanjang 1.7 km dengan lebar 11.3m ini, anda haruslah mempunyai kemahiran memandu yang tinggi.
Dikuasakan oleh Blogger.