Latest Topics

Tahniah kepada 864 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KKR 2017 - 'Pekerja Berdedikasi, Misi Direalisasi'



Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya (KKR) 2017 telah berlangsung dengan jayanya bagi meraikan lebih 864 penerima anugerah termasuk agensi dibawahnya. Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB. Tuan Baru Bian bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Dengan tema "Pekerja Berdedikasi, Misi Direalisasi" membawa maksud pekerja yang berdedikasi sentiasa melakukan tugasnya dengan penuh iltizam, tekun, gigih dan sabar walau betapa sukar tanggungjawab yang diberikan kepadanya serta sanggup pula menghadapi cabaran dalam apa jua kekurangan yang dihadapi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB. Tuan Haji Mohd Anuar Bin Tahir, Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Dato' Sri Zohari Bin Akob,
Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha, YBhg. Datuk Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KKR, YBhg. Datuk Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ketua-ketua Pengarah agensi, Pengarah-pengarah Kanan dan Pengarah-pengarah Negeri.

























Jabatan Kerja Raya Johor mengucapkan tahniah kepada kesemua semoga terus memberikan sumbangan dan khidmat bakti kepada KKR dan agensi.

© KEMENTERIAN KERJA RAYA | Foto oleh Adi Saad
Artikel ini disiarkan pada 15 Ogos 2018
Dikuasakan oleh Blogger.