Latest Topics

Berhati-hati semasa memandu di musim perayaan. Salam Aidiladha kepada semua pengguna jalan raya



Di musim perayaan ini, pastinya ramai ahli keluarga, sanak saudara kita pulang berhari raya di kampung halaman. Meskipun hari ini adalah Hari Raya Aidiladha, namun kemeriahan tetap di rasai. Usai solat sunat Aidiladha, dijamu pula ketupat dan rendang.

Pastinya tradisi ibadah korban akan kita rasai selepas lewat sebelah pagi mahupun lewat waktu zohor, bersama-sama orang kampung, bergotong royong, upacara korban menyembelih Lembu dan Kambing adakalanya kerbau menjadi acara kemuncak majlis.

Bermulalah aktiviti memotong agih, melapah, menyiat kulit daging, sehinggalah ke serahan kepada mereka-mereka yang sama-sama menjayakan. Syukur Alhamdulillah. Penyembelihan ibadah ini adalah sebagai tanda syukur kepada Allah. Juga dengan sejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.



Namun apabila kita fikirkan sejenak, semua kenikmatan dan keindahan ini takkan kita rasai jika kita tidak berhati-hati di setiap langkah dan amalan kita. Oleh itu kita jom kita sama-sama mengingatkan kepada semua, di musim perayaan ini sama-sama kita sentiasa berhati-hati, semasa memandu, mematuhi peraturan jalanraya, sentiasa bertolak ansur dengan semua pengguna, dan sentiasa bertimbang rasa.

Kita juga diingatkan supaya dapatkan rehat yang cukup, periksa kenderaan untuk dipastikan selamat, dan sentiasa prihatin dalam setiap langkah dan perjalanan kita. Pengorbanan ini bukanlah kita letakkan dalam diri kita sendiri, tetapi kita korbankan juga untuk keprihatinan kita sesama umat dan semua. Amin..





Salam Aidiladha dari saya Abg. JKR dan seluruh warga kerja JKR Johor.


Dikuasakan oleh Blogger.