Latest Topics

Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia. Tanamkan semangat cintakan negara. Kibarkan Jalur Gemilang



Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik dan berbilang bangsa, kita seharusnya berbangga negara kita telah pun 61 tahun mencapai kemerdekaan. Kita perlu membina jati diri yang sihat dalam membina kesetiaan kepada negara. Kesetiaan ini juga bukan sahaja perlu menghargai pengorbanan tetapi kita perlu mengenang jasa kepahlawanan kita yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.

Berbekalkan dengan semangat kecintaan kepada negara, kita tunjukkan kepada mereka bahawa inilah Malaysiaku dan inilah tanah airku. Kita selama ini berjuang untuknya, dan selamanya untuk Malaysia. Dengan tema 'Sayangi Malaysiaku', Ayuh kita tanamkan dalam hati untuk kita menyayangi Malaysia dan membina kemajuan bersama untuk Malaysia yang tercinta.

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang tahun 2018 peringkat Kementerian Kerja Raya telah berlangsung di hadapan lobi Blok A, Kompleks Kerja Raya.

Majlis disempurnakan dengan jayanya oleh YB Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian. Turut hadir YB Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir bersama pengurusan tertinggi KKR serta agensi.

YB Menteri juga turut memasang bendera pada kenderaan jabatan dan agensi terpilih sebagai simbolik bermulanya kempen kibarkan Jalur Gemilang Tahun 2018.



















© KEMENTERIAN KERJA RAYA | Foto oleh Adi Saad
Artikel ini disiarkan pada 16 Ogos 2018

Dikuasakan oleh Blogger.