Latest Topics

Pemansuhan tol serentak beri kesan kepada kewangan kerajaan dengan kos cecah RM400 Bilion



Menteri Kerja Raya, Baru Bian memberi memaklumkan penghapusan tol secara serentak akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan kerana kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol mencecah RM400 bilion. Beliau menegaskan, kerajaan bakal berdepan krisis kewangan jika tol di seluruh negara dihapuskan secara serentak seluruh negara.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat, hari ini. Mengenai janji manifesto Pakatan Harapan (PH) menghapuskan tol, beliau berkata, kerajaan akan membuat kajian dan penelitian sebelum membuat keputusan.

Beliau juga memaklumkan bahawa kerajaan perlu menjaga kepentingan semua pihak termasuk pemegang konsensi, pelabur dan pemberi pinjaman. Justeru itu, semua isu berkaitan penghapusan tol dan implikasi serta jumlah tol akan dimuktamadkan selepas kita berbincang dan mendapat nasihat daripada agensi kerajaan berkaitan.

Menjawab celahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) supaya kerajaan menyenaraikan tol yang akan dihapuskan, Baru berkata, ia perlu dikaji dan keputusan akan dibuat kelak.

Dalam pada itu, Baru juga turut memberi jaminan tidak akan memperkenalkan tol baharu. Jaminan itu sebagai menjawab kepada celahan Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau).

Berita penuh layari: Harian Metro | Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Ogos 2018 @ 6:49 PM
Dikuasakan oleh Blogger.