Latest Topics

Qlassic Day promosi penggunaan sistem penilaian kualiti dalam industri pembinaan tempatan



Hari QLASSIC merupakan acara tahunan dan tahun kelima dianjurkan bertujuan untuk mempromosikan penggunaan sistem penilaian kualiti dalam industri pembinaan tempatan dan turut meraikan serta mengiktiraf pemaju industri pembinaan yang telah mencapai prestasi tinggi.

Majlis Pelancaran Hari Qlassic bagi tahun 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian.





Sebanyak 25 pemaju, 31 kontraktor dan 32 arkitek menerima pengiktirafan pada tahun ini berdasarkan 37 buah projek berjaya memperolehi skor QLASSIC melebihi 80 peratus dan mengikut beberapa kategori projek antaranya Anugerah Khas Bagi Markah QLASSIC Tertinggi Kategori Bangunan Kerajaan iaitu bagi Projek Ibupejabat SPRM (7G1) Precint 7 Putrajaya yang mana anugerah diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Putrajaya Holdings Sdn Bhd selaku pemaju, Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd selaku kontraktor dan Arqhitectnia selaku arkitek.





Manakala anugerah tertinggi iaitu "Best of The Best QLASSIC Achievement Award 2018" adalah projek Azalea 2 / Phase NU6B2, Nilai Impian, Negeri Sembilan yang mana anugerah diberikan kepada Sime Darby Property Berhad selaku pemaju, Idaman Ikhlas Sdn Bhd selaku kontraktor dan Neuformation Architects Sdn Bhd selaku arkitek.

Turut berlangsung di majlis ini adalah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara pihak CIDB dan juga Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dimana pihak BPMB akan menggunakan penilaian QLASSIC sebagai syarat dalam peminjaman dana dari BPMB untuk pembinaan projek-projek bangunan.









KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA | Foto oleh Faizall Sahbudin.
Artikel ini telah disiarkan pada 16 Ogos 2018
Dikuasakan oleh Blogger.