Latest Topics

Selamat Hari Malaysia kepada semua. Ketahuilah bahawa Malaysia ini kita punya.



16 September pada setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Malaysia dimana pada tarikh inilah Nama Malaysia diperkenalkan hasil dari pembentukkan Tanah Melayu atau Malaya, Sabah dan Sarawak.

Sambutan Hari Malaysia adalah sebagai perayaan untuk kita sama-sama meraikan bersatunya rakyat Malaysia dan pembentukkan Malaysia di antara Sabah dan Sarawak berbanding Kemerdekaan yang disambut 31 Ogos setiap tahun.

Hari Malaysia ini juga sebagai penyatuan, perpaduan, dan semangat atas nama Malaysia dan menolak segala persengketaan antara Malaysia 31 Ogos dan Malaysia 16 September. Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai budaya dan etnik yang wajar kita himpunkan dan kita raikan bersama. Inilah Malaysia kita punya.

Berbeza pada tahun-tahun sebelum ini, Hari Malaysia tahun 2018 adalah buat pertama kali disambut sebagai Malaysia baharu selepas pembentukkan kerajaan yang baharu pada PRU14 yang lalu.

Apapun pandangan dan perbezaan, Malaysia harus kita raikan bersama dan semangat perpaduan yang kita bina selama ini kita jadikan sebagai satu suara inilah Malaysia. Selamat menyambut Hari Malaysia bagi tahun 2018.
Dikuasakan oleh Blogger.